Friday, April 18, 2014

Sesi Photoshoot Bersama Waris Stance

Assalamualaikum semua :) hehehe dah lame rasenye x update blog sy nie, so hari nie sy nk post bekenaan sesi photoshoot saya bersama komuniti peminat2 kereta di Negeri Sembilan. Pada hari isnin yang lepas, sy berkesempatan untuk bersama2 satu komuniti kereta di Negeri Sembilan yang diberi nama Waris Stance. Stance atau dikenali oleh orang ramai sebagai kereta bertayar kepak atau tayar kangkang tu sekarang ni menjadi minat segelintir peminat2 komuniti kereta samada di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, mahupun Kuala Lumpur dan beberapa negeri lagi yang turut mempunyai kumpulan2 Stance ni. Hobi ini adalah salah satu minat yang memerlukan komitmen dan pengorbanan jugak la bagi saya. Sesiapa yang menyertai komuniti ini pada pandangan saya adalah seseorang yang amat tabah, kuat semangat, dan penyabar jugak la huhu, ini disebabkan bile kereta mereka semua telah di "Stance" kan, bnyak halangan2 yang perlu ditempuh, contohnya x boleh bawak kereta laju2, bile ade bonggol kena la amik side sikit, then kreta mereka ni x boleh bawak ramai2 orang sgt sbb takut nnt x lepas nk lalu kat bonggol tu hehe. Bagi saya minat yang baru ini mampu mengeratkan hubungan silaturahim sesama manusia. Untuk pengetahuan semua, peminat2 dan pemilik2 kereta stance ni semua amat mudah berkawan dan sangat akrab dalam hubungan tanpa mengira pangkat, umur, bangsa, mahupun jantina. Mereka pun ade satu kata-kata mcm "moto" jugak la dlm kumpulan tu. contohnye ialah "Brotherhood" , "Respect each other" dan lain2 lagi. Ini melambangkan yang mereka semua ni bukanlah kumpulan2 samseng jalanan ke, kaki pukul ke, tetapi lebih kepada satu komuniti yang lebih kepada persahabatan dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama peminat2 kereta2 ini terutamanya kepada peminat kereta stance. ok setakat ini saja la hehe..ape2 pun saya enjoy aritu bersama Komuniti Waris Stance ni kerana mereka semua mengalu-alukan kedatangan saya dengan hati yang terbuka. Sekian Terima Kasih
















No comments:

Post a Comment